maera ' s blog banner

create your own banner at www.mieraamyrakzz.blospot.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Tuesday, February 08, 2011

Perbezaan Hak Wanita Islam Dan Bukan Islam (bahagian !)

Terdapat perbezaan hak antara wanita Islam dan bukan Islam.Sebab utama perbezaan ini adalah keimanan yang ada pada wanita Islam.Antara ciri perbezaan itu ialah:

1. Wanita Islam.

a)Wajib menutup aurat.Firman Allah SWT (al-Ahzab:59)

Maksudnya:Wahai Nabi,suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuh (semasa mereka keluar) ,cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu,mereka tidak akan diganggu.Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani.


Dalam ayat yang lain,Allah SWT berfirman: (al-Nur:31)

Maksudnya:Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram),dan memelihara kehormatan mereka,dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;dan hendaklah mereka menutup leher bajunya tudung kepala mereka,dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka....

Kedua-dua ayat ini menjadi dalil dan hujah kewajipan wanita Islam memakai pakaian Islam yang menutup aurat,yakni seluruh tubuhnya kecuali bahagian tubuh yang tertentu.Antara bahagian tubuh yang diharuskan ialah muka dan dua tapak tangan. (Jawiah 2000:6)

No comments:

Post a Comment