maera ' s blog banner

create your own banner at www.mieraamyrakzz.blospot.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Thursday, February 10, 2011

Perbezaan Hak Wanita Islam Dan Bukan Islam (bahagian 2)

b)Mendapat hak yang sama di kalangan isteri-isteri.

Islam mengharuskan lelaki Islam berkahwin lebih daripada satu dan tidak lebih daripada empat orang dalam satu-satu masa,dengan syarat-syarat tertentu.Antara syarat yang paling asas ialah berkemampuan dari segi material dan mampu berlaku adil.Adil ialah memberikan hak yang sama di kalangan isteri-isteri.Keharusan bersyarat ini ditegaskan melalui firman Allah: [al-Nisa':3]

Maksudnya:Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka),maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain);dua,tiga atau empat.Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (diantara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja..

Rasulullah SAW pula memberi amaran kepada lelaki yang tidak adil terhadap isteri-isteri,dengan amaran berikut: [Abu Dawud t.th.,1:490]

Maksudnya:Sesiapa yang mempunyai dua orang isteri,kemudian dia lebih cenderung (melebihkan) kepada salah seorang daripadanya, dia akan datang pula pada hari kiamat dengan keadaan bahunya senget.


c)Mewarisi harta pusaka melalui sistem faraid.
Islam telah memperuntukkan hak wanita untuk mewarisi harta pusaka melalui sistem faraid.Firman Allah SWT: [al-Nisa':11]

Maksudnya:Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu;iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih daripada dua,maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan si mati.Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja,maka bahagiannya ialah seperdua (separuh) harta itu.

No comments:

Post a Comment