maera ' s blog banner

create your own banner at www.mieraamyrakzz.blospot.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Saturday, February 12, 2011

Perbezaan Hak Wanita Islam Dan Bukan Islam (bahagian 3)

d) Wujud batasan pergaulan di antara lelaki dan perempuan.

Islam telah menetapkan batasan perhubungan dan pergaulan antara lelaki dan perempuan.Hal ini adalah untuk menjauhkan fitnah.Umpamanya lelaki dan perempuan yang bukan mahram tidak boleh berdua-duaan tanpa ditemani oleh orang yang ketiga, wali ataupun mahramnya.Hal ini ditegaskan olae Rasulullah SAW (al-Bukhari 1991, 4:1682)

Maksudnya:Seorang lelaki dan wanita tidak boleh berdua-dua kecuali bersama mahramnya.

Dalam hadith yang lain Rasulullah SAW menegaskan: (al-Tirmidhi, 1999, 3:308)

Maksudnya:Tiada (yang menemani) seorang lelaki dan perempuan yang berdua-duaan melainkan yang ketiganya ialah syaitan.

No comments:

Post a Comment