maera ' s blog banner

create your own banner at www.mieraamyrakzz.blospot.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Monday, April 04, 2011

Takrif Mengumpat

Mengumpat ialah perbuatan menyebut sesuatu yang memang benar-benar wujud (berlaku) tentang seseorang yang sekiranya ia mengetahuinya, ia pasti akan marah. Dalam kitab al-Azkar, Imam al-Nawawi menyediakan takrif yang terperinci tentang mengumpat iaitu : "Kamu menyebut tentang saudaramu yang ia memarahinya sama ada perkara tersebut berkaitan dengan tubuh badan, agama, dunia, diri, fizikal, akhlak, harta, anak, ayah , pasangan, khadam, hamba, serban,baju, cara berjalan, bergerak, senyuman, masam wajah dan segala-galanya yang berkaitan dengan dirinya sama ada dengan cara menyebut, menulis misalnya; (di dalam blog atau facebook), isyarat mata, kepala dan sebagainya,"

Termasuk juga sesiapa yang menulisnya di dalam blog, Facebook dan pelbagai mekanisme moden sekarang.Imam al-Nawawi juga mengingatkan kita bahawa mendengar umpatan juga hukumnya haram. Apabila seseorang mendengar saudaranya mengumpat, maka ia wajib melarangnya jika tidak membawa mudarat atau berusaha menukar tajuk perbualan. Sekiranya tidak mampu, ia mestilah meninggalkan tempat tersebut atau membencinya dalam hati...

Betapa bahayanya mengumpat..So,renung-renungkanlah dan selamat beramal !      

No comments:

Post a Comment