maera ' s blog banner

create your own banner at www.mieraamyrakzz.blospot.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Friday, August 10, 2012

TEMAN TAPI MESRA(novel)

Hujung minggu itu satu kumpulan sudah berjanji mahu berkumpul di rumah Umi.Perjumpaan mingguan dimanfaatkan sepenuhnya dengan aktiviti mengulang kaji pelajaran.Perjumpaan rekreasi petang pula bertujuan memastikan semua ahli kekal sihat dan cergas.

Sesungguhnya gabungan dua kumpulan itu berjaya membawa banyak faedah dan manfaat.Masing-masing ada peranan positifnya yang tersendiri.Itu membuatkan kumpulan gabungan itu lebih bermakna berbanding kumpulan paling gedik Sri Bangsar iaitu The Wannababes.Sekurang-kurangnya kumpulan The Normal Size mempunyai matlamat yang positif dan jelas.Tidaklah seperti The Wannababes yang terlalu perasan popular dan glamor hingga tidak ingat dunia!

Mantan ahli The Normal Size yang tiga iaitu Edrina,Umi dan Widya jenis rajin dan pandai belajar.Mereka bertindak menjadi mentor dan pengawal selia dalam bidang akademik.

Hana,Nita dan Huda pula secara semulajadi dibekalkan dengan semangat kendiri yang tinggi demi mengekalkan bentuk badan yang langsing dan tubuh yang sihat.Oleh yang demikian,mereka kekal menjadi mentor bagi memastikan berat badan dan kesihatan terkawal.

Petang itu Edrina,Umi dan Widya memegang kuasa tampuk pemerintahan sebagai mentor akademik.Mereka sibuk menunjuk ajar konsep-konsep pengiraan kuantum fizik.Berasap kepala dibuatnya apabila Hana,Nita dan Huda jenis susah makan ajar.Semakin diajar,semakin berbelit dibuatnya.

"Eh! Sudah pukul 5.00 petang!" Tiba-tiba sahaja suara Widya memecahkan kesunyian dengan suaranya yang nyaring.

"Memanglah.Ada satu jam lagi sebelum study group kita tamat." Edrina menjawab sambil lewa.Matanya lebih tertumpu pada notak Fizik yang menimbun.

"Pukul 6.00 petang baru semua boleh bersurai." Umi memberitahu info yang sepatutnya sudah diketahui semua.

Hana,Huda dan Nita mengangkat muka memandang satu sama lain.Masing-masing sudah membuat wajah berkerut.Seribu garisan terpamer pada wajah masing-masing.

"Alah! Lagi satu jam nak menghadap buku fizik ni."Hana melepaskan keluhan.

Nita juga mengangguk lemah,"Kepala saya rasa panas.Nak demam agaknya."

Begitu dramatik sekali Nita memegang dahi sendiri.

Huda sudah terbaring lamah.Kepala saya lagi teruk.Rasa nak meletup!"

Umi menjeling ketiga-tiga kawannya itu.Dramatik sungguh! Ketiga-tiganya lembik macam jeli.Apabila masa belajar,begitulah gayanya.Apabila window shopping,banyak pula tenaganya!

"Okeylah.Rehat 15minit.Boleh ke bilik air.Basuh kepala supaya hilang panas."Umi akhirnya lembut hati memberi kebenaran.Dia sudah lali benar dengan perangai Hana,Nita dan Huda.Cepat tertekan apabila mengulangkaji mata pelajaran fizik,kimia dan matematik tambahan.Sekiranya terlalu dikerah,silap-silap tiga sekawan itu boleh kena penyakit darah tinggi! Bahaya juga!

"Terima kasih ,Umi."Nita sudah bersorak riang.Dia paling awal bangun meninggalkan timbun buku yang sedikit lagi berjaya mengalahkan tingginya Gunung Himalaya.Langkah Nita pantas menuju ke bilik air.Dia mahu meyegarkan wajah yang kuyu layu menghadap buku.

"Saya ke dapur sekejap.Saya buatkan kopi lagi."Umi juga sudah mahu meninggalkan biliknya sendiri.

Umi memang tuan rumah yang baik.Setiap kali study group di rumahnya,perut semua ahli kenyang diisi dengan pelbagai jenis juadah.Sekajap-sekejap ada puding minum petang.Sekali-sekala dijamu dengan bihun goreng.Ada ketikanya Umi terlabih rajin menyediakan salad ayam tandoori.

"Umi...sebelum awak ke dapur,saya nak minta diri dahulu.Saya balik sekarang."Widya kelihatan sudah mengemas buku miliknya.Nota-nota  dan peta minda yang berselerakan sudah dikumpul dan dimasukkan ke dalam fail kulit keras.Segala pen juga perkakasan menulis yang lain dikutip dengan laju.

"Awak balik sekarang?" Edrina sudah memandang pelik sambil mengerling ke arah Umi secara rahsia.

Widya mengangguk.Gerak-gerinya pantas.Tangan sudah mencapai tudung yang disangkut pada dinding.

"Tapi study group kita belum selesai.Pukul enam baru semua orang boleh balik."Edrina mengingatkan kembali jadual waktu belajar yang sudah dipersetujui oleh keenam-enam ahli.

"Alah! Tadi Umi dah beri waktu rehat 15minit.tinggal 45minit sahaja lagi.Saya nak balik sekarang." Widya selamba meneruskan aktiviti mengemas.


sambungan cerita dia, sila cari novel yang bertajuk Teman Tapi Mesra-PTS

2 comments: