maera ' s blog banner

create your own banner at www.mieraamyrakzz.blospot.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Friday, February 08, 2013

Cinta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. bagi korang lah kan, cinta tu ape? ade sesetengah orang akan cakap, cinta tu, cinta kepada Allah yang maha Esa dan ade pula sesetangah orang akan cakap, eh, cinta kepada boyfriend a.k.a. teman lelaki, dan ade juga yang akan cakap, aku tak percaya dengan cinta lah. cinta tu menyemakkan dan menjadikan aku serabut,so, aku tak layan cintan-cintun ni. So, memang ade banyak pendapat tentang cinta ni sebenarnya. Menurut saya, cinta tu sesuatu yang indah, ianya satu hubungan di antara manusia dengan tuhan dan juga manusia sesama manusia. Remaja zaman sekarang, kalau nak bercinta, diorang nak kenal hati budi seseorang lelaki/perempuan tu. tapi, cara salah. Mereka bercouple-couple semasa belajar di sekolah dan juga di institusi pengajian tinggi. Ada berbagai pendapat jika kita mahu membahaskan soal cinta ni. Bagi saya, cinta kepada manusia akan lebih indah jika si dia tidak mengetahui mengenai perasaan kita. Cukuplah sekadar hanya kita yang tahu tentang perasaan kita kepada dia. Akan lebih indah jika kedua-dua pasangan tidak tahu mengenai perasaan mereka masing-masing dan mereka berdoa kepada Allah SWT supaya disatukan suatu hari nanti, dan bila telah berkahwin, ternyata, mereka saling mencintai kerana Allah SWT. Sangat indah cinta tersebut,bukan?  spread love xoxoxo :D

No comments:

Post a Comment